Epidemiologi Ensefalitis Jepun

Penyakit Japanese Encephalitis (atau dikenali dengan hanya J.E.) merupakan penyakit zoonosa yang disebabkan kelompok arbovirus yang bersifat bawaan arthopoda genus Flavoviridae. Japanese encephalitis merupakan punca utama viral encephalitis di Asia, dengan 30,000–50,000 kes dilaporkan setiap tahun. Kadar kes kematian adalah antara 0.3% hingga 60% dan bergantung kepada populasi dan usia. Wabak terpencil berlaku di daerah U.S. di Pasifik Barat telah berlaku. Penduduk di kawasan desa berhampiran ladang babi, di lokasi endemik merupakan paling berisiko; Japanese encephalitis jarang berlaku di kawasan bandar. Negara yang mempunyai wabak besar di masa lalu, tetapi telah mengawal penyakit ini melalui vaksin, termasuk China, Korea, Japan, Taiwan dan Thailand. Negara lain yang masih mengalami epidemik berkala termasuk Vietnam, Cambodia, Myanmar, India, Nepal, dan Malaysia. Japanese encephalitis telah dilaporkan Kepulauan Torres Strait dan dua kematian dilaporkan di tanah besar utara Australia pada 1998. Penyebaran virus ini di Australia amat membimbangkan pegawai kesihatan Australia disebabkan pengenalan tanpa dirancang Culex gelidus, berpontesi sebagai vektor virus, dari Asia.

Di Indonesia virus Japanese Enchepalitis diasingkan dari nyamuk Culex dan nyamuk Anopheles tahun 1997. Istilah Ensefalitis (Encephalitis) merujuk kepada inflamasi otak, iaitu keradangan atau tindak balas sel-sel otak terhadap serangan kuman-kuman penyakit. Tetapi istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada keadaan-keadaan inflamasi otak yang disertai oleh kemerosotan atau penyusutan fungsi sel-sel otak. Apabila otak terjejas, secara tidak langsung maka saraf tunjang akan turut terbabit sehingga mewujudkan keadaan yang dipanggil Ensefalomielitis (Encephalomyelitis). Dengan itu Ensefalitis dan Ensefalomielitis merupakan petanda kepada penyakit-penyakit utama yang menyerang sistem saraf pusat.

Pada tahun 1972 virus Japanese Enchepalitis diasingkan dari babi di Kapuk. Dalam tahun 1990 - 1992, 57,7 % dari semua contoh darah dan cairan serebrospinal pesakit enchepalitis di hospital di Sanglah, Bali adalah dari virus Japanese Enchepalitis.

Manusia, kerbau, dan kuda merupakan hos akhir dan penyakit timbul sebagai encephalitis membawa maut. Babi bertindak sebagai hos penguat dan mempunyai peranan penting dalam epidemiologi penyakit ini. Jangkitan pada babi adalah tidak kelihatan (asymptomatik), kecuali pada babi bunting, apabila keguguran dan janin cacat adalah turutan biasa. Jangkitan pada manusia berlaku pada telinga, terutama cochlear. Vektor terpenting adalah C. tritaeniorhynchus, yang cenderung kepada lembu berbanding manusia, ia telah dicadang bahawa memindahkan ternakan babi dari penempatan manusia mampu menlencong nyamuk dari manusia dan babi.[1] Hos asal virus Japanese encephalitis adalah burung, bukan manusia, dan virus ini dengan itu tidak mungkin dapat dihapuskan sepenuhnya.

Rujukan

WikiPedia: Ensefalitis Jepun http://www.health.gov.au/internet/wcms/publishing.... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb7036.htm http://www.emedicine.com/med/topic3158.htm http://www.cdc.gov/ncidod/dvbid/jencephalitis/ http://www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2020/MB_cgi?field=... http://www3.who.int/icd/currentversion/gLinkGroupL... http://www.moh.gov.my/JE.HTM http://content.nejm.org/cgi/content/full/355/9/869 http://www.dh.gov.uk/assetRoot/04/13/79/19/0413791...